17 Sebab Kenapa BRIM 2018 Anda Ditolak Atau Tidak Lulus


Sejak mula pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) dibuat, ramai pemohon BRIM mereka ditolak merungut permohonan mereka ditolak (gagal) atau tidak lulus pada status permohonan masing-masing.

Sebenarnya, ada sebab kenapa permohonan BRIM and ditolak atau tidak lulus sedangkan semua permohonan sudah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan sejak BR1M 1.0 diperkenalkan.

Untuk makluman anda semua, setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada akan disemak terlebih dahulu oleh beberapa agensi kerajaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki.

Antara agensi yang terlibat adalah:

Jabatan Pendaftaran Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Kumpulan Wang Amanah Pencen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

  1. Tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada.
  2. Maklumat tanggungan tidak lengkap.
  3. Maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar.
  4. Kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan.
  5. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan).
  6. Pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan).
  7. Pemohon wujud sebagai suami/isteri pada permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain.
  8. Pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan kategori individu (bujang) itu gagal.
  9. Pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tidak benar.
  10. Nombor pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  11. Nama pemohon berbeza dengan data JPN.
  12. Permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan.
  13. Permohonan lebih daripada satu kali.
  14. Terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza.
  15. Nama pasangan/ tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat.
  16. Kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual.
  17. Pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *