Cara Buat Permohonan Skim Khairat Kematian eBR1M 2018


BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah pakej bantuan paling kreatif pernah dicipta bagi membantu keluarga berpendapatan rendah di negara ini. Menyatakan demikian, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, “Ia (BR1M) bukan dedak atau satu bentuk rasuah, seperti mana didakwa oleh pembangkang”.

Beliau berkata sedangkan negara kaya seperti Arab Saudi pun kini dalam proses merangka bantuan seperti BR1M untuk rakyat demi membantu mengurangkan beban penduduk. Pada masa yang sama, bakal-bakal penerima BR1M perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai medium terbaik yang diguna pakai kerajaan dalam menyalurkan bantuan bagi mengelakkan diri mereka ditipu.

MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan laman sesawang palsu berkaitan BR1M di media sosial. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM juga tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM. Tambahan lagi, LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima. Bagi semua penerima BR1M, anda perlu sedia maklum bahawa kerajaan tidak mengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M / Rayuan BR1M. LHDNM turut tidak menyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan BR1M / Rayuan BR1M.

Tuntutan Skim Khairat Kematian eBR1M 2018

BRIM Skim Khairat Kematian Terkini
BR1M 2018

Anda tahu cara membuat permohonan tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M ? Apa itu Skim Khairat Kematian? Untuk makluman, Skim Khairat Kematian adalah skim yang menggantikan insurans takaful berkelompok yang dilaksanakan sejak tahun 2014.

Sehubungan itu, mengenai Skim Khairat Kematian, pewaris akan menerima manfaat pemberian sebanyak RM1000 yang akan berkuatkuasa selama setahun dari tempoh 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2018. Dengan itu, penerima skim sebelum ini dan pemohon baru diminta kemaskini dan lengkapkan maklumat waris bagi membolehkan waris yang nama tersenarai membuat tuntutan sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh yang dinyatakan.

Cara Buat Permohonan Tuntutan Skim khairat Kematian eBR1M 2018

Waris yang dinamakan sahaja yang layak buat tuntutan dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional bermula bulan Februari 2017.

Dokumen Patut Dibawa Ketika Buat Tuntutan Skim khairat Kematian BR1M 2017

  • Kad pengenalan sendiri (waris) yang asal
  • Sijil kematian yang asal
  •  Dokumen pertalian antara waris dan penerima :
  • Ibu / bapa – Sijil lahir penerima
  • Pasangan – Sijil nikah
  • Anak – Sijil lahir waris
Image result for br1m
BR1M 2018

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2018

  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2018
Kemukakan Salinan:
  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  4. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
Image result for br1m
BR1M 2018

Hubungi Wakil Urusetia BR1M melalui :

Anda boleh menghubungi wakil urusetia BR1M melalui

Hotline BR1M LHDNM (1-800-88-2716)

@

eMel br1m@treasury.gov.my

@

Sekretariat BR1M :
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *