Dekorder MYTV Percuma Untuk Penerima BRIM

Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan dekoder percuma bagi siaran TV digital yang baru dilancarkan bernilai RM199 kepada 4.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)

Pada majlis pelancaran perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) myFreeview yang berlangsung minggu ini, Najib berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asean menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mengambil pendekatan menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya, terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan.

4.2 juta dekoder percuma untuk diagihkan

Jumlah dekoder itu merangkumi 2.2 juta set dekoder percuma sumbangan kerajaan sebagai tambahan kepada dua juta set dekoder yang diperuntukkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd, yang mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian DTT.

MyFreeview adalah projek diterajui Kementerian komunikasi dan multimedia dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyediakan perkhidmatan televisyen dan siaran radio digital secara percuma.

Pengguna boleh membeli dekoder berkenaan daripada peruncit elektronik di seluruh negara.

Lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia telah memulakan perubahan dari televisyen analog kepada siaran digital sejak tahun 2007.

Manakala negara-negara Asean mensasarkan untuk menghentikan televisyen analog antara tahun 2015 hingga 2020.

Malaysia menetapkan untuk menghentikan siaran televisyen analog pada Jun 2018.

Dijangkakan, 98 peratus daripada penduduk Malaysia akan mempunyai akses kepada perkhidmatan myFreeview pada suku terakhir 2017.

Penonton akan dapat mengakses sembilan stesen percuma iaitu TV1, TV2, TVi, TV AlHijrah, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel, serta tambahan empat stesen radio RTM.

Cara semak untuk MYTV Dekoder Basic percuma

Dah semak kelayakan anda sama ada layak atau tidak untuk menerima MYTV Dekoder Basic ini secara percuma? Kalau belum, jom kita semak kelayakan anda dengan cara yang sangat mudah di bawah :

1) Layari laman web utama MYBROADCASTING MALAYSIA.

2) Cari bahagian semak kelayakan Unit Dekoder Percuma seperti di atas. Masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan dan klik butang ‘hantar’.

3) Sebaik sahaja anda klik pada butang ‘hantar’, anda akan mendapat keputusan sama ada layak atau tidak dengan segera. Contoh di atas adalah rakyat Malaysia yang malang kerana tidak layak untuk menerima MYTV Basic Decorder.

Oh ya, kalau anda terpilih dan layak untuk menerima Dekoder MYTV Basic percuma dan tidak tahu bagaimana untuk memasang dekoder tersebut, anda bolehlah mencari ejen di kawasan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *