Golongan Tidak Berkemampuan Terharu Menerima BRIM


Menjadi salah seorang penerima BRIM merupakan sesuatu yang amat menggembirakan terutamanya bagi golongan tidak berkemampuan.

Itulah yang dirasai oleh seorang warga emas, Che Yah Che Yusoff, 70, dari Kampung Pasir Pekan, apabila menerima BRIM sebanyak RM800 dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah dekat sini hari ini.

Bantuan disampaikan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Wan Hanapi Wan Yaacob. Hadir sama, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, Nik Norizal Nik Salleh.

Warga emas berkenaan yang lumpuh sejak dua tahun lalu, menyatakan rasa terharu dan berterima kasih kepada pihak kerajaan di atas bantuan tersebut.

“Makcik tak tahu nak kata apa, hanya mampu ucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada pihak kerajaan. Pemberian ini amat besar bagi orang tua seperti saya,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, dengan wang tersebut dapatlah dia gunakan untuk membeli barangan keperluan harian selain ubat-ubatan bagi meredakan penyakit darah tinggi yang dihidapinya.

Sementara itu, Wan Hanapi berkata, seramai 26,000 rakyat di jajahan itu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah telah memohon BRIM dan sebanyak 14,000 permohonan diluluskan setakat ini.

“Ini membuktikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bukanlah satu omong-omong kosong pihak kerajaan seperti yang diuar-uarkan pembangkang,” katanya.

“Sehingga hari ini, seramai 6,348 pemohon layak menerima agihan BRIM melibatkan peruntukan RM3.17 juta. Pemberian BRIM membuktikan kerajaan begitu komited membantu golongan bawahan.

“Sebelum ini saya bimbang masa depan keluarga sebab kesempitan hidup terutamanya lepas dikurniakan anak. Dapat BRIM ringan sikit beban kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyampaian BRIM di Dewan Umno Cameron Highland di sini, kelmarin.

Selain itu, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang kini masuk tahun ke lima dilihat mampu meringankan beban golongan kurang berkemampuan yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup. Penduduk Orang Asli Kampung Kuala Koyan, Sam Musa, 19, berkata, dia gembira menerima BRIM kerana meringankan bebannya dalam menyediakan keperluan asas. Bapa kepada seorang cahayamata berusia empat bulan itu berkata, wang diterimanya itu akan digunakan untuk menjelaskan bil elektrik dan air di samping membeli barangan dapur.

Bantuan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Seramai 119 penerima BRIM menerima baucer masing-masing dan Wan Rosdy turut menyampaikan bantuan berkenaan kepada 466 penerima di Pos Betau dan 382 penerima di Pos Senderut. Rahman Cirom, 35, berkata, BRIM untuk golongan bujang wajar diteruskan kerana bantuan diterima itu juga membolehkan mereka membantu ibu bapa.

“Tahun 2018 punya BRIM saya akan gunakan sebaik mungkin. Saya tidak suka berbelanja boros. Saya belanja beli barangan keperluan sahaja,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *