Jumlah BR1M 2018 Terus Meningkat

BR1M 2018
BR1M 2018
Mengambil kira sambutan dan maklum balas positif daripada penerima, kerajaan akan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi semua kategori, tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat berkata, pemberian kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

“Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000, pemberian BR1M akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900. “Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450,” katanya ketika membentangkan bajet bertajuk ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh.’

Najib yang juga menteri kewangan berkata, Skim Khairat Kematian akan diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas.

Perdana menteri berkata, keseluruhan program BR1M ini akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion. BR1M yang diperkenalkan pada 2012 memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan bantuan tunai RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Pada 2013, BR1M 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Pada 2014. BR1M 3.0 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, bantuan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

BR1M 2018

BR1M 3.0 diperluas kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450. Dalam Bajet 2015, kerajaan menaikkan kadar BR1M 4.0 kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah yang dibayar secara 3 kali ansuran, iaitu Januari, Mei dan September. Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000, kerajaan meningkatkan kadar BR1M daripada RM450 kepada RM750, manakala bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar itu dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

Dalam Bajet 2016, BR1M untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000. Pemberian BR1M bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800, manakala individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tidak mustahil diumumkan naik kepada RM3,000 menjelang tarikh PRU14 yang semakin hampir. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, bukan itu sahaja, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mustahil mengumumkan banyak kejutan lain. Misalnya, kutipan tol dihapuskan, PTPTN ditukar kepada biasiswa penuh, pembayaran tiga bulan bonus kepada kakitangan kerajaan manakala anggota keselamatan diberikan empat bulan bonus.

BR1M 2018

Tambahan lagi, kerajaan sedia menambahkan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekiranya harga minyak petrol melebihi paras RM3 seliter. Kerajaan akan terus memantau harga minyak petrol di pasaran. Sekiranya harga terus meningkat dan pendapatan negara bertambah, kerajaan mungkin akan mempertimbangkan untuk terus membantu golongan yang berpendapatan rendah

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menegaskan, kerajaan memahami tekanan kos sara hidup yang dihadapi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). Golongan B40 terdiri daripada golongan pendapatan bulanan sehingga RM3,855.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *