Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2018

Hendak tahu status permohonan dan rayuan BR1M anda sam ada berjaya atau tidak? Jawapannya semak BR1M secara online. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonon BR1M seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018/7.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Maklumat semakan BR1M 2018 adalah sama dengan tahun lepas. Kepada yang belum berdaftar boleh rujuk cara memohon.

Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2018

Semakan status BR1M 2018 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-

1. Semak Online

  • Boleh disemak di STATUS BR1M.  Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.

Contoh: 860424035123

Berikut di antara status permohonan yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

  1. Diterima  :  Permohonan Telah Didaftar
  2. Dalam Proses  :   Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  3. Ditangguhkan :  Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
  4. Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

2. Semakan Melalui e-Mail

  • Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalandalam email.

3. Semakan Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

Untuk lebih banyak update, pemohon boleh melayari Facebook LHDN di LHDN Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *