Semakan Status BRIM 2018 dan Keputusan


Hendak tahu status permohonan dan rayuan BRIM 2018 anda samada berjaya atau tidak? Jawapannya semak BRIM 2018 online dan sebagainya. Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonon BRIM seperti dinyatakan di bawah ini. Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2018 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Maklumat semakan BRIM 2018 akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Semakan Keputusan Status Permohonan BRIM 2018

Semakan status BRIM 2018 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-

1. Semak Online

  • Boleh disemak di STATUS BRIM 2018.  Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123

Status Permohonan

Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

  1. Diterima  :  Permohonan Telah Didaftar
  2. Dalam Proses  :   Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  3. Ditangguhkan :  Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
  4. Lulus :  Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus :  Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.

2. Semakan Melalui e-Mail

  • Hantar email anda ke alamat BRIM@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalandalam email.

3. Semakan Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

Borang Rayuan BRIM

Maklumat berkaitan permohonan rayuan BRIM 2018 akan dikemaskini dari masa kesemasa. Informasi dibawah yang dikongsikan ini adalah untuk Rayuan BRIM 2016. 

Borang Rayuan BRIM 2016 beserta panduan membuat rayuanbagi mereka yang gagal sila klik Rayuan BRIM 2016. Jumlah bayaran BRIM 2018 dinaikkan.Semakan status Kelulusan Rayuan BRIM 2016 secara online atau manual boleh dibuat mulai minggu ketiga Jun 2016.

Pembayaran BRIM 2016 bayaran ketiga akan di awalkan ke 15 Jun 2016 (Rabu) dari 23 Jun sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka akan disambut pada 6 Julai 2016

BRIM 2016
Semakan Keputusan BRIM 2018 Status Permohonan

Tarikh Pembayaran pula akan dibuat secara ansuran 4 kali kecuali kategori Individu bujang yang dibuat sekali. Berikut disertakan cara-cara membuat semakan status permohonan BRIM 2016 :-

Dikongsikan dari FB LHDN, semakan status kelulusan BRIM secara online boleh dibuat mulai 28 Januari 2016. Difahamkan penerima BRIM tahun ini telah menerima pembayaran seawal 26 Januari 2016.

Borang Permohonan BRIM 2018 Online

Permohonan baru Online dan kemaskini BRIM tahun 2018 akan dibuka pada  5 Disember hingga 31 Disember 2017 di https://eBRIM.hasil.gov.my/
Tarikh permohonan baru dan kemaskini telah dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 13 Januari 2018 

* Penerima BRIM sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

Sebagai makluman, senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BRIM 2016 adalah disertakan di bawah ini.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Tidak termasuk pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar

Kemukakan Salinan:

  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda

Tarikh Pembayaran BRIM 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200

  • Daftar Borang eKasih
  • Ansuran Pertama :Februari 2018 : RM400(RM250 :28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua :Jun 2018 : RM400(RM250 : 28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga :Ogos2018 : RM400(RM300 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat :Tiada(RM250 : 28 September 2016)

2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama :Februari 2018 : RM400(RM250 : 28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua :Jun 2018 : RM400(RM250 : 28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga :Ogos2018 : RM400(RM250 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat :Tiada(RM250 : 28 September 2016)

3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama :Februari 2018 : RM300(RM200 : 28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua :Jun 2018 : RM300(RM200 : 28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga :Ogos2018 : RM300(RM200 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat :Tiada(RM200 : 28 September 2016)

4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2018 : RM450(RM400 pada 28 Januari 2016)

SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BRIM 2018

BIL NAMA BANK
1 AFFIN BANK
2 AGRO BANK
3 ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4 AM BANK BERHAD
5 AL RAJHI BANK
6 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7 BANK RAKYAT
8 MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9 BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
10 CIMB BANK BERHAD
11 CITIBANK BERHAD
12 HONG LEONG BANK
13 HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
14 MAYBANK
15 OCBC BANK
16 PUBLIC BANK BERHAD
17 RHB BANK BERHAD
18 STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
19 UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Semoga semua pemohon BRIM 2018 yang layak berjaya dalam permohonan dan rayuan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *