Soalan Popular Permohonan BR1M 2018


1. Soalan: Siapakah yang layak menerima Skim Khairat Kematian (SKK)?
Jawapan: Penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas yang
meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2018

2. Soalan: Siapakah waris yang dibenarkan / layak untuk membuat tuntutan SKK
BR1M ?
Jawapan: Waris yang layak didaftarkan oleh penerima di Bahagian D (Maklumat Waris)
pada Borang BR1M mestilah terdiri daripada hubungan berikut:
i. Ibu / Bapa
ii. Pasangan
iii. Anak
iv. Adik-Beradik

3. Soalan: Berapakah had umur untuk melayakkan seseorang menjadi waris?
Jawapan: Tiada had umur kelayakan seseorang untuk menjadi waris kepada penerima
BR1M .

4. Soalan: Bagaimanakah pembayaran SKK dibuat?
Jawapan: Pembayaran SKK boleh dituntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN).

5. Soalan: Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh waris semasa tuntutan SKK di
BSN?
Jawapan: Dokumen yang perlu dibawa oleh waris yang didaftarkan adalah:
i. Sijil Kematian Asal penerima
ii. Kad Pengenalan Asal waris
iii. Dokumen Pertalian antara waris dan penerima mengikut jenis hubungan
seperti berikut:
a) Ibu / Bapa – Sijil Lahir Penerima
b) Pasangan – Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan
c) Anak – Sijil Lahir Waris
d) Adik-Beradik – Sijil Lahir Penerima dan Sijil Lahir Waris

7. Soalan: Berapakah jumlah SKK yang akan diterima?
Jawapan: Waris akan menerima sebanyak RM1,000.
PENUNAIAN BR1M OLEH WAKIL DAN TUNTUTAN SKK OLEH WARIS

8. Soalan: Sekiranya penerima masih hidup tetapi uzur / kurang upaya / sakit
berpanjangan atau mempunyai halangan untuk membuat penunaian
BR1M di BSN, siapakah wakil yang dibenarkan untuk membuat
penunaian berkenaan bagi pihak penerima BR1M ?
Jawapan: Waris yang didaftarkan di Bahagian D (Maklumat Waris) pada borang BR1M
juga boleh bertindak sebagai wakil dalam membuat penunaian BR1M
bagi pihak penerima.

9. Soalan: Apakah dokumen yang perlu di bawa semasa mewakilkan penerima
bagi penunaian / membuat tuntutan BR1M ?
Jawapan: Dokumen yang perlu dikemukakan oleh wakil / waris adalah seperti berikut:
i. Baucar / Surat Makluman LULUS BR1M asal penerima
ii. Kad pengenalan (asal dan salinan) penerima
iii. Kad pengenalan (asal dan salinan) wakil
iv. Dokumen pertalian mengikut jenis hubungan waris dan penerima (asal
dan salinan):
a) Ibu / Bapa: Sijil Lahir Penerima
b) Pasangan: Sijil Nikah
c) Anak: Sijil Lahir Anak
d) Adik-Beradik: Sijil Lahir Penerima dan Sijil Lahir Adik-beradik
v. Dokumen sokongan yang mana berkaitan:
Surat Penjara / Surat Hospital / Surat pengesahan daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) / Bukti berada diluar negara kerana
menjalankan tugas.

10. Soalan: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya maklumat waris / wakil
(nama / no. pengenalan) yang telah didaftarkan salah?
Jawapan: Anda perlu mendapatkan surat pengesahan nama / no. pengenalan waris di
Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC)
LHDNM yang berhampiran sebelum hadir ke BSN untuk penunaian / tuntutan
SKK BR1M .

11. Soalan: Bolehkah saya mewakilkan penerima BR1M 2018 sekiranya penerima
tidak mendaftarkan maklumat waris pada borang BR1M ?
Jawapan: Tidak.
Waris yang telah didaftarkan oleh penerima di Bahagian D (Maklumat Waris)
Borang BR1M sahaja yang boleh mewakilkan penerima.

12. Soalan: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya waris / wakil yang telah
didaftarkan meninggal dunia?
Jawapan: Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i. Sekiranya tempoh permohonan masih belum ditutup, anda perlu mengisi
semula borang permohonan BR1M ; atau
ii. Sekiranya tempoh permohonan telah ditutup, anda perlu mengisi borang
kemas kini maklumat waris (BK-20); dan
iii. Kemukakan ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban
Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran.

13. Soalan: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya penerima telah
meninggal dunia dan waris asal yang didaftarkan tidak boleh menuntut
bagi pihak penerima kerana mempunyai masalah kesihatan / hubungan /
berada di luar negara?
Jawapan: Waris asal yang masih hidup perlu memberi keizinan pertukaran kepada
waris baru. Waris baru boleh membuat kemas kini maklumat waris dengan
mengemukakan surat keizinan pertukaran waris daripada waris asal.
Hubungan waris baru yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu / bapa /
pasangan / anak / adik-beradik.

14. Soalan: Bolehkah saya mewakilkan penunaian BR1M bagi penerima yang
bekerja / menetap / belajar di luar negara semasa tempoh pembayaran?
Jawapan: Tidak. Bagi individu yang bekerja / menetap / belajar di luar negara tidak
layak untuk menerima BR1M .

15. Soalan: Bolehkah saya mewakilkan penunaian BR1M penerima yang telah
menghilangkan diri?
Jawapan: Penunaian hanya boleh dilakukan oleh wakil yang berdaftar sahaja oleh
pemohon di Bahagian D (Maklumat Waris) Borang BR1M . Wakil perlu
kemukakan:
i. Baucar / Surat Makluman LULUS BR1M asal penerima
ii. Kad pengenalan (asal dan salinan) penerima
iii. Kad pengenalan (asal dan salinan) wakil
iv. Dokumen pertalian antara waris dan penerima (asal dan salinan)
v. Laporan Polis berkenaan pemohon menghilangkan diri

16. Soalan: Bilakah duit BR1M 2018 akan masuk?

Jawapan: BR1M dibayar 3 kali setahun, anda akan dimaklum melalui surat atau email sebelum bayaran dimasukkan ke dalam bank anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *