Tuntutan Skim Khairat Kematian eBR1M

Skim Khairat Kematian (SKK) adalah skim yang menggantikan insurans takaful berkelompok (i-BR1M) yang dilaksanakan pada pemberian tahun 2014. Mengenai Skim Khairat Kematian, Skim berkenaan akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuat kuasa selama setahun iaitu dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember . Bagaimanapun, Skim Khairat Kematian (SKK) hanya layak untuk penerima BR1M bagi kategori Isi Rumah, E-Kasih dan Warga Emas

CARA MEMBUAT TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BR1M

Sehubungan itu, penerima BR1M sebelum ini dan pemohon baru diminta mengemaskini dan melengkapkan maklumat waris bagi membolehkan waris yang dinamakan membuat tuntutan sekiranya penerima BR1M meninggal dunia dalam tempoh yang dinyatakan

Prosedur Dan Cara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M

Tuntutan hanya boleh dibuat oleh waris yang dinamakan dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai bulan Februari

Sila maklumkan tujuan waris yang dinamakan iaitu untuk membuat tuntutan / penunaian Skim Khairat Kematian kepada pegawai bank yang bertugas

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Buat Tuntutan

  • Kad Pengenalan sendiri (waris) yang asal
  • Sijil Kematian yang asal

Selain menerima khairat kematian RM1,000, waris boleh menuntut baki BR1M yang belum disalurkan

Tarikh Akhir Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK)

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menetapkan tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun 2016 adalah pada 31 Januari

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Sebarang keterangan atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun melalui e-mel pada br1m@treasury.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *